Kesusasteraan Melayu Komunikatif
snow
Definisi Seloka
Kata Seloka berasal daripada bahasa Sanskerta iaitu sloka. Apa yang dimaksudkan dengan seloka adalah bentuk puisi Melayu Klasik yang memuatkan perumpamaan yang berunsur senda gurau, jenaka, sindiran, impian, khayalan atau ejekan, menyindir secara serius atau mengkritik tingkahlaku dan sifat negatif.
Seloka biasanya ditulis dalam dua atau empat baris dan kadangkala enam baris menggunakan bentuk pantun atau syair, gurindam, talibun (bahasa berirama), teromba atau mantera.
Jika seloka itu terdiri daripada dua bait, maka ia akan tersusun menjadi dua kelompok yang masing-masing terdiri daripada empat baris yang masing-masing mengandungi 16 kata.
Contoh Syair
Seri Negeri gelaran diberi
Sebuah pulau cantik berseri
Bernaung dibawah sebuah negeri
Raja berdaulat Paduka Seri
Lautnya biru pantainya indah
Makam Mahsuri lagenda sejarah
Puteri Melayu tak mudah menyerah
Tujuh keturunan dimakan sumpah
Pulau lagenda dimakan sumpah
Tujuh keturunan tamatlah sudah
Kini makmur melimpah ruah
Semua penghuni tersenyum megah
Sebuah pulau cantik berseri
Bernaung dibawah sebuah negeri
Raja berdaulat Paduka Seri
Lautnya biru pantainya indah
Makam Mahsuri lagenda sejarah
Puteri Melayu tak mudah menyerah
Tujuh keturunan dimakan sumpah
Pulau lagenda dimakan sumpah
Tujuh keturunan tamatlah sudah
Kini makmur melimpah ruah
Semua penghuni tersenyum megah
Ciri-ciri Syair
Setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris serangkap. Ini bermakna tiap-tiap satu rangkap syair mengandungi jumlah baris yang tetap.
Setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan sebaris
Suku kata syair sebaris ialah di antara lapan hingga sepuluh jumlah suku kata.
Syair mempunyai skema rima akhir baris a-a-a-a
Dalam satu baris syair, terdapat suatu hentian (pause).
Tiap satu rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk memberi idea yang lengkap.Dengan lain perkataan, syair adalah satu pernyataan yang berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian. Sebab itulah syair ada awalan dan akhirannya.

Fungsi Syair
Sebagai hiburan – sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian, dipertandingkan atau dalam upacara-upacara adat.
Alat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu terutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama Islam dari rukun iman, rukun sembahyang, zakat, puasa dan sebagainya. Kemerduan suara “tukang lagu” dan kelembutan nada syair berupaya mengusik perasaan dan seterusnya meninggalkan kesan yang mendalam.
Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat/
Ketika sambutan maulud/
Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dalam dabus dan boria
Digunakan dalam adat perkahwinan
Definisi Syair
Syair yang merupakan puisi tradisional yang cukup tua yang tumbuh dan bertunas setelah masuknya peradaban islam ke indonesia, Kata para ahli sejarawanSastra; Kata Syair sendiri berasal dari kata Syu'ur yang artinya perasaan.
Syair yang merupakan puisi tradisional, mendapatkan pengaruh kesusasteraan islam seperti pantun. Syair juga digunakan untuk melukiskan sesuatu yang panjang, bisa tentang suatu cerita, ilmu, persahabatan dan lain lain.
Melayu merujuk pada pengertian puisi secara umum. Akan tetapi, dalam
perkembangannya syair tersebut mengalami perubahan dan modifikasi sehingga menjadi khas Melayu, tidak lagi mengacu pada tradisi sastra syair di negeri Arab. Penyair yang berperan besar dalam membentuk syair khas Melayu adalah Hamzah Fansuri.

Contoh-contoh Pantun
2 Kerat
Contoh :
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati
Rekaan :
Pergi pasar beli serbuk kari
Ajaran cikgu sentiase lah diingati
4 kerat
Contoh :
Sungguh indah pintu dipahat,
Burung putuh diatas dahan,
Kalau hidaup hendak selamat,
Taat selalu perintah tuhan.
Rekaan :
Limau purut masak di dahan
Batang selisih condong uratnya
Limau purut tak boleh dimakan
Kalau dimakan apa ubatnya
6 Kerat
Contah :
Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapat membawa maut,
Jika tidak mahu merana juga,
Berhujan panas ak tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut tidak.
Rekaan:
Bergayut-gayut si anak ungka
Cukup takut bila dimandi
Lari keluar masuk ke kota
Sayang saudara masa bersuka
Sayang emak sayang abadi
Sayang kekasih masa bercinta
8 Kerat
Contoh:
Sarang merbah dicelah dahan,
Tempat punai bermain disitu,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang,
Bersyukur ak kepada tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap ada kasihan orang.
Rekaan :
Pasir bulan perahu
Berlabuh tentang batu bora
Bergolah-golah ke tepian
Ketika menghadapi muaranya
Kasih tuhan hanbalah tahu
Ibarat orang menggengam bara
Terus hangat dilepaskan
Begitu tuan malah dikiranya
Fungsi Pantun
Pantun dapat berfungsi dalam hampir setiap aktiviti kehidupan masyarakat Melayu (Jamilah Hj. Ahmad,). Terdapat pelbagai jenis pantun yang mempunyai tema tertentu berkait rapat dengan perasaan cinta, kasih sayang, puji-pujian, nasihat, agama, adat, telatah dan corak hidup masyarakat. Tema yang ingin diketengahkan, disisipkan dengan latar alam
Oleh sebab alam itu indah, maka unsur-unsur alam diaplikasikan di dalam setiap rangkap pantun yang disampaikan atau dicipta. Segala pengalaman hidup, pandangan hidup dan falsafah yang ingin dikemukakan di dalam pantunmenggunakan latar alam sebagai pembayang. Unsur-unsur sedemikian secara tidak langsung memperlihatkan keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam semulajadi.

Subscribe to:
Posts (Atom)